Monday, 26 March 2012

'KITA' makin kurang ajar

Satu demi satu kejadian yang berlaku kini menampakkan betapa bangsa Malaysia mempunyai acuan mereka sendiri terutama golongan mahasiswa. Mereka tidak mengikut cara atau tindakan yang dilakukan oleh masyarakat luar yang AGAK KURANG AJAR seperti buat demonstrasi melulu sampai ada yang terkorban dan sebagainya. Begitu bangga dengan Mahasiswa Malaysia terutama golongan yang mendakwa mereka mewakili suara MAJORITI mahasiswa yang sangat menampakkan betapa mentaliti mahasiswa sekarang patut dibanggakan. Memang patut dibanggakan sebab golongan ini golongan pertama yang mencatat sejarah arena Pendidikan Tinggi Negara dengan menyerahkan batu nisan sebagai simbolik. Setuju tak?
Mereka juga patut dibanggakan sebab mereka memang berani dalam tindakan mereka. Rasanya sepanjang bernafas di bumi bertuah ini tidak ada lagi sejarah orang menurunkan bendera pemimpin, samada pemimpin pembangkang atau penjenayah yang lakukan. Tapi, mahasiswa2 ini yang berani lakukannya. Menarik bukan kerana dengan ilmu yang tebal di dada (kalau tebal) membolehkan kita berani melakukan apa2 sahaja tindakan dan sanggup menerima akibatnya selepas itu.
Selain itu, kita patut bangga kerana mereka sahaja yang berani menyerahkan memorandum yang saya kira satu dokumen yang berprofil tinggi tanpa ditandatangani dan boleh pula ada salah ejaan. Biasalah tu kan, sekali sekala tersilap menaip.
yang paling penting betapa kita patut BERBANGGA dengan mereka kerana dengan apa yang dilakukan mereka selepas ini, mahasiswa Malaysia akan terkenal dengan keberaniannya. Dan sudah pastinya warung kopi akan kecoh dengan isu mahasiswa yang semakin berani dan ghairah memperjuangkan hak majoriti tanpa menjejaskan nama baik agama, bangsa dan negara dengan tindakan-tindakan SOPAN ini.


p/s : memang kita diajar untuk 'kurang ajar' begini. bagi yang mengerti ingatlah "TAK SEINDAH GAMBARAN, TAK SEBURUK SANGKAAN"


Noted
CasaimpianaQasa

1 comment: