Monday, 26 March 2012

'KITA' makin kurang ajar

Satu demi satu kejadian yang berlaku kini menampakkan betapa bangsa Malaysia mempunyai acuan mereka sendiri terutama golongan mahasiswa. Mereka tidak mengikut cara atau tindakan yang dilakukan oleh masyarakat luar yang AGAK KURANG AJAR seperti buat demonstrasi melulu sampai ada yang terkorban dan sebagainya. Begitu bangga dengan Mahasiswa Malaysia terutama golongan yang mendakwa mereka mewakili suara MAJORITI mahasiswa yang sangat menampakkan betapa mentaliti mahasiswa sekarang patut dibanggakan. Memang patut dibanggakan sebab golongan ini golongan pertama yang mencatat sejarah arena Pendidikan Tinggi Negara dengan menyerahkan batu nisan sebagai simbolik. Setuju tak?
Mereka juga patut dibanggakan sebab mereka memang berani dalam tindakan mereka. Rasanya sepanjang bernafas di bumi bertuah ini tidak ada lagi sejarah orang menurunkan bendera pemimpin, samada pemimpin pembangkang atau penjenayah yang lakukan. Tapi, mahasiswa2 ini yang berani lakukannya. Menarik bukan kerana dengan ilmu yang tebal di dada (kalau tebal) membolehkan kita berani melakukan apa2 sahaja tindakan dan sanggup menerima akibatnya selepas itu.
Selain itu, kita patut bangga kerana mereka sahaja yang berani menyerahkan memorandum yang saya kira satu dokumen yang berprofil tinggi tanpa ditandatangani dan boleh pula ada salah ejaan. Biasalah tu kan, sekali sekala tersilap menaip.
yang paling penting betapa kita patut BERBANGGA dengan mereka kerana dengan apa yang dilakukan mereka selepas ini, mahasiswa Malaysia akan terkenal dengan keberaniannya. Dan sudah pastinya warung kopi akan kecoh dengan isu mahasiswa yang semakin berani dan ghairah memperjuangkan hak majoriti tanpa menjejaskan nama baik agama, bangsa dan negara dengan tindakan-tindakan SOPAN ini.


p/s : memang kita diajar untuk 'kurang ajar' begini. bagi yang mengerti ingatlah "TAK SEINDAH GAMBARAN, TAK SEBURUK SANGKAAN"


Noted
CasaimpianaQasa

Sunday, 3 July 2011

mari muhasabah seketika

Boleh dikatakan hari-hari sebelum sampai 9 Julai ini akan kedengaran perkataan Bersih. Tidak begitu mengambil berat akan isu ini. Namun setelah berkali-kali dalam sehari mendengar isu ini dibincangkan, agak menimbulkan sedikit minat untuk meneroka.

Bersih ini merupakan satu perhimpunan yang diwar-warkan akan diadakan pada 9 Julai ini yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan. Dahulu kala, saya begitu berminat dan memang cita-cita saya untuk menjadi seorang peguam. Tapi tidak kesampaian. Ada hikmahnya sekarang saya bukan berada dalam mahkamah. Bimbang kalau satu hari nanti saya terlalu riak dengan ilmu dan kepetahan berbicara, saya lupa susila saya sebagai manusia dan hambaNya.

Bukan memilih pendekatan untuk memihak pada mana-mana golongan, mungkin dibesarkan dengan kedua-dua persekitaran menyebabkan saya lebih suka memerhati. Saya bukan pendiam, tapi saya memegang prinsip "bercakap hanya bila perlu", bimbang sekiranya percakapan lebih banyak mengundang keburukan.

Bagi saya, memang, bersuara itu hak kita tambah pula dalam negara yang demokrasi ini. Namun, agak malang sekiranya hak itu dijadikan isu hingga boleh menghilangkan apa yang kita kecapi dan nikmati sebelum ini.

Kalau dahulunya saya begitu takut bila melihat banyak negara di luar yang kacau bilau dan selalu berlaku rusuhan. Dalam masa yang sama, saya sangat bersyukur kerana dapat memijak bumi dan menjunjung langit negara bertuah ini. Keselesaan dan kegembiraan saya ini makin berkurang dari hari ke hari. Ramai juga anak muda sekarang yang begitu semangat berjuang untuk kemajuan negara. Yang muda, belajarlah dari yang lebih tua bagaimana untuk menjadi manusia dan yang lebih tua berilah peluang kepada yang muda untuk memberi idea. Kepada yang memberi idea, jangan terlalu ghairah dengan apa yang kita ada.

Bagi saya, berdemonstrasi itu bukan cara kita. Banyak saluran yang boleh kita guna. Mengapa belakangan ini sahaja sesetengah daripada masyarakat Malaysia yang dahulunya dikenali dengan bangsa yang sopan budi pekerti telah berani menjadi agak kurang ajar. Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) ini dikatakan bangkit untuk menentang sistem pilihanraya di Malaysia yang dikatakan tidak telus. Perhimpunan yang dikatakan akan diadakan dengan aman belum tentu aman bagi saya. Siapa yang boleh meramal masa depan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Mengapa perlu mengambil jalan yang berisiko sekiranya kita ada jalan lain. Seakan-akan sengaja menempah masalah. Mungkin perhimpunan ini boleh menjadi titik tolak kepada kekecohan negara nanti. Tidak berani untuk menduga, tapi tiada yang mustahil kalau benih-benih sudah ada.

Bukan menuding jari kepada sesiapa, tapi memikirkan impak selepas perhimpunan ini. Tidak mustahil selepas ini ada rentetan perhimpunan lain lagi. Siapa tahu selepas ini jasad-jasad yang bakal bergelar remaja atau belia akan lebih agresif berbanding sekarang. Mereka dibesarkan dengan persekitaran yang tidak sepatutnya mereka alami. Jiwa mereka mungkin lebih memberontak berbanding dulu ditambah dengan budaya yang sudah bercampur dan hampir sebati antara barat dan timur.

Menimbulkan persoalan di benak akal yang cetek ini, bagaimana tahap ketelusan yang mereka ambil kira sebagai telus, adil dan bersih? Adakah setelah pemimpin negara bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat? Mereka harus perjelaskan dengan sebersih-bersihnya juga. Kalau secara logiknya, mengapa BN harus kalah pada PRU lepas dan hilang 5 negeri sekiranya mereka boleh menidakkan ketelusan dalam pilihanraya?Biar apapun, jawapan bukan ada pada saya. Saya hanya pemerhati.

Tidak mahu mempersoalkan lagi tentang bersih atau tidak bersih, cuma saya agak kecewa. Negara kita dulu jarang kecoh dengan perhimpunan. Saya bersyukur dengan adanya ISA, walaupun dikatakan melanggar hak asasi manusia dan agak kejam, paling kurang banyak kebaikan yang kita peroleh untuk keamanan negara.

Ramai yang berpendidikan tinggi sekarang yang makin rendah nilai budinya. berbanding dengan masyarakat dahulu yang tidak setanding pengetahuannya dengan ilmuwan sekarang tapi budi dan bahasanya tinggi melangit. Tiada ego yang beraja dan tiada yang gila mahu menunjuk kuasa.

YDPA sendiri telah mengeluarkan titah khas untuk isu ini. Boleh rujuk UTUSAN . Jadi, marilah kita renungkan bersama.
Kepada yang masih bergelar pelajar, jangan bertindak di luar kawalan. Kita masih ada peraturan yang perlu kita patuhi.

Kalau berminat dengan politik sekalipun, sabarlah hingga tiba masanya. Jangan terlalu fanatik dengan bertindak mengikut perasaan. Jangan jadi bodoh walaupun cerdik. Mungkin ada yang sengaja memperguna jiwa dan darah muda kita untuk menghangatkan api yang sedang marak.
Gunakan masa yang ada sepanjang bergelar pelajar untuk mengaut sebanyak yang mungkin ilmu dan pengalaman untuk dijadikan bekalan selepas bergelar graduan nanti.
Mari kita muhasabah seketika.

Sunday, 10 April 2011

ramai y xtaw apa y berlaku..huhuhu..kadang2 agak sedih,..tp biarla sume blalu..org hanya nampak dye..hehehe..xkisah..byk rahsia y tpksa disimpan..kalau sume org taw,sume akan terkedu..byk pengorbanan y tpksa dibuat..mengalah n mengalah demi 1 misi..demi menjga persahabatan..kdg2 dye xsdar..tuturnya sedikit sebanyak buat ada y trasa..mgkn kerna dye sudah brubah..sshnya utk cerita..thanks utk rumet y faham..bkn sengaja sy lakukan..tp ada sbb sy buat bnda tu..xtaw brapa rmai y prasan, hrp2nye awk sorg je..huhu
kdg2 pengorbanan tu perlu wlau kdg2 hati kte dh beku...:)

Thursday, 31 March 2011

pergi saat indah


Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...oooh..

Sunday, 9 January 2011

dunno what to do....

Masih mencari- cari maksud hidup ini..
masih mencari - cari tujuan hidup ini..
kemana halatuju aku selepas ini?
masih di kampung? atau keluar menempuhi hidup dalam kesibukan kota?
agak - agak aku jadi pe pasni erk??
sat2, aku akan jadi pe tu bergantung pada kerje aku pasni..
samada lam bidang y aku belajar, atau jauh menyimpang dari bidang ni??
masih mencari dan puas mencari...huhuhu